Blogs

Latest Updates

UTM Flying High

posted Jan 19, 2017, 6:06 AM by mohd hafis izran ishak   [ updated Jan 19, 2017, 6:11 AM ]

UTM flying high - view from my drone






Mesyuarat Pengkomersialan dan Demo Kel DRuM

posted Dec 1, 2016, 7:46 AM by mohd hafis izran ishak   [ updated Dec 1, 2016, 7:53 AM ]





Pada 30 November 2016, sekali lagi saya dijemput ke Kota Bharu untuk mesyuarat dan demonstrasi produk Kel Drum kepada Datuk Timbalan SUK dan semua D. O. Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bharu. 

Pada asasnya, alhamdulilah produk ini akan dibeli oleh kerajaan Kelantan, cumanya mereka masih belum pasti siapa sebagai pengendali kepada produk bantuan banjir ini. 

Bengkel Pengurusan Bantuan Bencana Kelantan 2016

posted Dec 1, 2016, 7:06 AM by mohd hafis izran ishak   [ updated Dec 1, 2016, 8:06 AM ]




Pada 24 Nov 2016, saya dan team dijemput untuk mengendalikan kursus Pengurusan Bantuan Bencana Kelantan kepada lebih kurang 300 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan NGI di PCB Resort, Kelantan. 



Meeting 6 Teori Litar

posted Nov 25, 2016, 7:21 PM by mohd hafis izran ishak

Get your notes here.

Chapter 3a : Interfacing - Instrument

posted Nov 15, 2016, 8:17 AM by mohd hafis izran ishak   [ updated Dec 4, 2016, 8:27 AM ]


Get your notes here.

Example Test 1 SKEE1023 Teori Litar

posted Nov 11, 2016, 9:39 AM by mohd hafis izran ishak


Get example test 1 here. Do your revision based on this question.

Meeting 4 and 5 Circuit Theory

posted Nov 11, 2016, 1:40 AM by mohd hafis izran ishak



Get your notes here.

Chapter 2c - Instruments

posted Nov 8, 2016, 5:07 AM by mohd hafis izran ishak



Get your notes here.


Krisis Kepengetuaan Kolej Kediaman di Universiti Awam

posted Nov 5, 2016, 4:38 PM by mohd hafis izran ishak


Umum mengetahui, Pengetua Kolej Kediaman (PKK) di sesebuah Universiti Awam mempunyai fungsi dan peranan yang hampir sama dengan Dekan Fakulti, melainkan PKK lebih memfokuskan kepada pembangunan sahsiah dan modal insan mahasiswa. Manakala, Dekan Fakulti lebih memfokuskan kepada pencapaian akademik mahasiswa dalam jurusan yang diambil. Tetapi struktur pentadbiran kedua-dua jawatan ini hampir sama. 

Penglibatan PKK dalam membangunkan sahsiah dan perwatakan mahasiswa memang tidak dapat dinafikan apabila PKK bukanlah seperti warden di sekolah-sekolah berasrama penuh. Apabila pelajar bermasalah, barulah mencari warden untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Tugas PKK adalah lebih daripada itu, bukan hanya setakat membantu mahasiswa apabila dalam kesusahan, tetapi PKK sendiri yang biasanya akan menyokong dan menyediakan pelbagai platform untuk mahasiswa membentuk sahsiah mereka ketika berada di UA. Program-program ini termasuklah program berbentuk kesukanan, khidmat masyarakat, keusahawanan, kelestarian, kepimpinan, inovasi dan sebagainya. 

Apa yang menyedihkan, jawatan PKK tidak begitu diiktiraf oleh pihak pentadbiran universiti itu sendiri. Jawatan PKK tidak dianggap sebagai Pentadbir Akademik (PA), walaupun jawatan ini hanya dipegang oleh kalangan pensyarah-pensyarah yang begitu komited dan aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat di luar universiti, yang seterusnya menaikkan nama universiti itu sendiri. 

Hak PKK sebagai pentadbir akademik dinafikan apabila penyandang PKK itu sendiri masih terikat di bawah fakulti, dan bukannya di bawah pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA). Bayangkan, cuti PKK masih perlu disahkan oleh Dekan Fakulti, sedangkan banyak tugasan dan Key Amal Indicator(KAI) PKK adalah di bawah Timbalan Naib Canselor (TNC) HEMA itu sendiri. 

Jawatan PKK sepatutnya dipindahkan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ) HEMA sepertimana jawatan Pengarah Kaunseling, Alumni dan sebagainya. Hal ini seterusnya menyebabkan hak PKK untuk mendapatkan anugerah kecemerlangan tahunan juga dinafikan apabila pihak HEMA menganggap PKK tidak wujud di PTJ mereka, dan fakulti pula menyangka PKK di bawah HEMA. 

Akhirnya, kebajikan PKK seolah-olah tidak dipandang oleh sesiapa, melainkan apabila memerlukan bantuan PKK dalam mencari mahasiswa ke program-program besar universiti untuk memenuhkan kekosongan penyertaan. Adakalanya, PKK juga dianggap sebagai 'Tabung Pelajar' kerana dalam masa singkat perlu menyediakan sejumlah mahasiswa untuk menyertai sesuatu program atau aktiviti, yang selalunya tidak disukai oleh mahasiswa itu sendiri seperti program yang dihadiri oleh menteri dan sebagainya. 

Dimohon pihak yang berkenaan terutamanya KPT dan pengurusan tertinggi UA untuk menilai semula penglibatan PKK dalam membangunkan sahsiah dan perwatakan 'pelanggan utama sesebuah universiti' agar dipandang setaraf dengan pentadbir akademik lain dan mendapat pengiktirafan sewajarnya, seperti pengecualian daripada menjalani latihan industri untuk kenaikan pangkat dan sebagainya. 

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Pengurusan Bantuan Bencana peringkat negeri Kelantan

posted Nov 2, 2016, 5:07 PM by mohd hafis izran ishak

2 November 2016, menghadiri mesyuarat Penyelarasan Kursus Pengurusan Bantuan Bencana peringkat negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan (UPWK), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu. Kursus dijangka akan diadakan pada 24-26 November 2016 di PCB Resort, Kelantan. 

1-10 of 29