Blogs‎ > ‎

CEO@Faculty 2.0 Program

posted Jun 28, 2021, 9:45 AM by mohd hafis izran ishak   [ updated Jun 28, 2021, 6:45 PM ]

Bermula bulan Oktober 2018 hingga April 2019, saya diberikan peluang untuk mengikuti program CEO@Faculty 2.0 di Alcon, yang terletak di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah. Alcon merupakan sebuah kilang pembuatan kanta lengkap (Multi National Company) yang premium daripada USA. Peluang ini adalah sesuatu yang agak sukar diperolehi dan memerlukan komitmen aku untuk keluar daripada 'comfort zone' sebagai ahli akademik.
Daripada program ini, saya boleh kongsikan perkara-perkara berikut:
1. Ahli akademik (dibaca - Pensyarah) dan Industri saling memerlukan. Sebelum ini, saya tak pernah tahu dan menganggap apa yang berlaku di industri adalah di luar jangkauan ahli akademik. Tetapi, setelah berada di Alcon, saya mendapati bahawa ahli akademik dan industri adalah tidak dapat dipisahkan. Walaupun mereka mempunyai ramai tenaga kerja mahir daripada pelbagai bidang, tetapi sebenarnya kilang-kilang di Malaysia ini kebanyakannya tiada R&D department sendiri di dalam negara. Di sinilah peluang yang terbuka luas kepada ahli akademik. Industri memerlukan ahli akademik untuk membantu mereka dalam segala hal yang berkaitan kepakaran ahli akademik. Dalam kes saya, saya membantu mereka mendigitalisasikan proses mereka yang selama ini adalah MANUAL dan perlukan banyak penggunaan kertas di samping berlakunya pelbagai 'human error'. Semestinya bantuan ini akan memberikan benefits yang besar kepada mereka di samping impak yang maksima dalam production.

2. Selama ini, saya juga menganggap bahawa industri itu KASAR dan hanya mengutamakan duit dan keuntungan semata-mata. Hal ini sememangnya benar tetapi di dalam KEKASARAN itu, sebenarnya banyak peluang dan ruang untuk pekerja-pekerja industri mengetengahkan kehebatan diri masing-masing. Di Alcon, saya dimentor sendiri oleh General Manager Alcon Malaysia, Dr James Govindasamy. Kebetulan bidang beliau dan saya adalah sama iaitu Mekatronik. Hal ini benar-benar membuatkan hubungan kami menjadi seperti 'abang' dan 'adik'. Dr James banyak mengajar saya mengenai kepimpinan, mendalami kehebatan diri, dan mengetengahkan keyakinan saya ke suatu tahap yang berbeza.

3. Selepas habis program CEO@Faculty, alhamdulillah hubungan aku dengan Alcon masih lagi utuh. Daripada sinilah, saya mendapat keyakinan yang tinggi untuk menubuhkan spin-off company, yang akan memberikan banyak kebaikan kepada mereka. Setiap kali mereka perlukan bantuan dalam pelbagai masalah teknikal, itulah peluang untuk saya dan company saya. Setakat ini, kami dah membantu mereka dalam hampir 15 projek, dengan success rate 100%. Alhamdulillah. Mereka juga mencadangkan saya untuk menubuhkan R&D centre khas untuk membantu kilang-kilang seperti mereka. 


Comments