Blogs‎ > ‎

Terima kasih, Prof Sham

posted Aug 30, 2016, 2:03 PM by mohd hafis izran ishak
Prof Sham akan bersara pada tahun ini setelah hampir 36 tahun bersama UTM, sama dengan umur saya. Saya mula mengenali Prof Sham ketika di pengajian ijazah sarjana muda lagi. Beliau antara insan yang banyak memberikan peluang dan nasihat untuk saya teruskan perjuangan sebagai seorang pensyarah di UTM. Antara kata-kata beliau yang masih diingati: 
"Kita mahu menjadi ikan besar di kolam kecil atau ikan kecil di kolam yang besar ". 
Sebelum menjadi tutor, saya pernah diberikan peluang bekerja selama 6 bulan sebagai Pengawai Penyelidik di bawah Prof Sham. Ketika inilah, saya banyak belajar selok belok menguruskan geran dan mengadakan pameran Robotik di sekolah,  walaupun ketika itu agak asing bagi saya. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat, Prof Sham. 

Comments